Tuesday, February 23, 2010

Tanggungjawabku semasa cuti CNY ni....




Lembaran cuti telah bermula, wakaupun berada di dalam mood holiday namun aku tidak alpa mengenai tugasan yang peru diselesaikan.HEHEHE. Pada awalnya saya begitu malas untuk melihat kawasan sebelum memulakan kajian. Hal ini kerana saya tidak mempunyai teman untuk melakukan perkara tersebut. perkara yang say maksudkan ialah, saya perlu untuk mengambil gambar papan tanda, iklan dan simbol-simbol yang terdapat di kawasan kediaman saya iaitu di MK 18, Kampung Parit Bangas, Seri Medan, 83400, Batu Pahat Johor. Kampung saya terletak dalam lingkungan 30 kilometer daripada kawasan bandar. Dapat dikatakan di sini bahawa kawasan MK 18 ini merupakan kawasan luar bandar.




Pada 17 februari 2010 jam 9 pagi, saya bersama adik saya telah keluar untuk mengambil gambar untuk dijadikan bahan kajian nanti. Justeru setiap papan tanda, iklan dan symbol yang terdapat dalam lingkungan 5 hingga 10 kilometer daripada rumah hendaklah diamati. Justeru segala papan tanda yang terdapat di sepanjang jalan utama menjadi perhatian saya.



saya dan adik.......




hehehehehe.....keselamatan...

No comments: