Saturday, October 4, 2008

" Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata: ""Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan yang mati"". Allah berfirman: ""Belum yakinkah kamu?"". Ibrahim menjawab: ""Aku telah meyakininya, akan tetapi agar tenang hatiku"". Allah berfirman: ""(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cingcanglah semuanya olehmu. "Lalu letakkan di atas tiap-tiap satu bukit satu bahagian dari bahagian-bahagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. "

Al Baqarah ayat 260



Dari Abu Najih Al Irbadh bin Sariah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam memberikan kami nasihat yang membuat hati kami bergetar dan air mata kami bercucuran. Maka kami berkata : Ya Rasulullah, seakan-akan ini merupakan nasihat perpisahan, maka berilah kami wasiat. Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : “ Saya wasiatkan kalian untuk bertakwa kepada Allah ta’ala, tunduk dan patuh kepada pemimpin kalian meskipun yang memimpin kalian adalah seorang hamba ('abd). Kerana diantara kalian yang hidup (setelah ini) akan menyaksikan banyaknya perselisihan. Maka hendaklah kalian berpegang teguh terhadap ajaranku dan ajaran Khulafaa Arrasyidin yang mendapatkan petunjuk, gigitlah(genggamlah dengan kuat) dengan geraham. Hendaklah kalian menghindari perkara yang diada-adakan(bid'ah), kerana semua perkara bid’ah adalah sesat “

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi, dia berkata : hadith ini hasan shahih)