Sunday, February 28, 2010

PASAR LIP SIN & PENANG



Rajah 1. Peta Pasar Lip Sin

Pasar Taman Lip Sin

Pasar Taman Lip Sin is located near Tingkat Nipah; near Lengkok Nipah; near Lor Nipah 1; near Lengkok Nipah 1; near Lor Nipah 2; Pasar Taman Lip Sin is geographically located at latitude (5.3426 degrees) 5° 20' 33" North of the Equator and longitude (100.2947 degrees) 100° 17' 40" East of the Prime Meridian on the Map of Penang.


The locations related to Pasar Taman Lip Sin are represented by the the shortest path as the crow would fly between any two points and may not be nearest by road. For example, Pasar Taman Lip Sin is located 0.7 kilometre from Maxim Dim Sum. Pasar Taman Lip Sin is located 0.7 kilometre from Sungai Nibung Bus Terminal. Pasar Taman Lip Sin is located 0.7 kilometre from Tapak Pesta. Pasar Taman Lip Sin is located 0.9 kilometre from Caltex Jln Sas.


Pasar Taman Lip Sin is located 0.9 kilometre from Shell Jln Sas.
Equatorial 1.3km, Seri Malaysia Pg 2.3km, Grand Continental 8.7km, Hotel Sunway 8.7km, Hotel United 8.7km, Ming Court Inn 8.8km, Hotel Golden City 8.8km, Shangri La Inn 8.9km, are places to stay (hotel, service apartment, inn) located near Pasar Taman Lip Sin.


Bukit Jambul Complex 1.1km, Sunshine Square 2km, Mayang Mall 2km, Tesco 4.6km, Gembira Parade 5km, Sun Shine Farlim 6.3km, Sunshine Jelutong 6.4km, Perangin Mall 8.9km, are places to shop (shopping mall, shop houses) located near Pasar Taman Lip Sin.
are places of interest (attraction) located near Pasar Taman Lip Sin.

Khaleel 24hour Nasi Kandar 1.6km, Pelita Nasi Kandar 2.7km, Hilly Towne 4.9km, Bkt Genting Thai Restaurant 9km, Campbell Street Food Junction 9.4km, Kaliamans 9.8km, Gurney Drive 10.9km, are eating places (food court, cafe, hawker food) located near Pasar Taman Lip Sin.


are places of learning (school, college, university) located near Pasar Taman Lip Sin.
Taman Metropolitan 2.9km, Bkt Dumbar Reservoir 5km, Penang Municipal/youth Park 9.5km, Botanics Gardens 10.6km, Forest Museum 14.5km, Taman Negara Pulau Pinang 16.3km, are parks, playgrounds, open fields or commons located near Pasar Taman Lip Sin.




Pasar Taman Lip Sin terletak di berhampiran dengan Tingkat Nipah, berhampiran Lengkok Nipah dan berdekatan dengan Lorong Nipah 1. Pasar ini juga berhampiran dengan Lengkok Nipah 1 juga berdekatan dengan Lorong Nipah 2. Pasar Taman Lip Sin secara geografi terletak pada latitud (5,3426 darjah) 5 ° 20 '33 "Utara Equator dan longitude (100.2947 degrees) 100 ° 17 '40" Timur Meridian pada peta Pulau Pinang.

Pasar Taman Lip Sin terletak 0.7 kilometer dari Sungai Nibung Bus Terminal dan dari Tapak Pesta. Pasar Taman Lip Sin terletak 0.9 kilometer dari Caltex Jln Sas. Pasar Taman Lip Sin ini juga terletak 0.9 kilometer dari Shell Jalan Sas.

Pelancong yang tinggal berdekatan dengan lokasi hotel-hotel seperti hotel Equatorial, Seri Malaysia, Grand Continental , Hotel Sunway, Hotel United , Ming Court Inn , Hotel Golden City , dan Shangri La Inn mudah untuk mengunjungi pasar ini.
Pasar Lip Sin ini juga boleh dikunjungi dengan menggunakan perkhidmatan awam seperti teksi, bas Milan dan bas Rapid bernombor 301 dan 302.


KEISTIMEWAAN PASAR LIP SIN.

















KUMPULAN YB.

1. MOHD FITHRI BIN JEMARI (7)
2. NORHAFIZAH BINTI YUSOF (14)
3. NUR AIN BINTI SAHARI (15)
4. NUR HIDAYAH BINTI GHAZALI (17)
5. NUR HIDAYAH BINTI KAHAR (18)
6. SYARIFAH NOR AIDA BINTI SAYED AHMAD (26)

Tuesday, February 23, 2010

perlajanan keluarga HMT 329 ke Pasar Lip Sin.

.jpg">

pagi2 dah kuar tau.....hehehehe

Pada 12 februari 2010 yang lepas, keluarga HMT 329 telah melakukan aktivoti uar dengan berjalan kaki ke kawasan Pasar Lip Sin untuk meninjau papan tanda, simbol dan iklan yang terdapat di sepanjang perjalanan.


antara papan tanda yang perlu diamati....



simbol





KAWASAN PASAR LIP SIN



dalam pasar LIP SIN



AMARAN!!!!!!hehehe


Tanggungjawabku semasa cuti CNY ni....




Lembaran cuti telah bermula, wakaupun berada di dalam mood holiday namun aku tidak alpa mengenai tugasan yang peru diselesaikan.HEHEHE. Pada awalnya saya begitu malas untuk melihat kawasan sebelum memulakan kajian. Hal ini kerana saya tidak mempunyai teman untuk melakukan perkara tersebut. perkara yang say maksudkan ialah, saya perlu untuk mengambil gambar papan tanda, iklan dan simbol-simbol yang terdapat di kawasan kediaman saya iaitu di MK 18, Kampung Parit Bangas, Seri Medan, 83400, Batu Pahat Johor. Kampung saya terletak dalam lingkungan 30 kilometer daripada kawasan bandar. Dapat dikatakan di sini bahawa kawasan MK 18 ini merupakan kawasan luar bandar.




Pada 17 februari 2010 jam 9 pagi, saya bersama adik saya telah keluar untuk mengambil gambar untuk dijadikan bahan kajian nanti. Justeru setiap papan tanda, iklan dan symbol yang terdapat dalam lingkungan 5 hingga 10 kilometer daripada rumah hendaklah diamati. Justeru segala papan tanda yang terdapat di sepanjang jalan utama menjadi perhatian saya.



saya dan adik.......




hehehehehe.....keselamatan...

Monday, February 22, 2010

Warkahku untukmu…..


Tanggal 14 februari merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh kebanyakkan pasangan kekasih saban tahun untuk menyambut perayaan hari kekasih ataupun lebih gah jika disebut sebagai “Valentine Day”. Begitu juga dengan diri ini yang mencipta sejarahnya yang tersendiri pada “Valentine Day” bagi tahun 2010. Tarikh ini pada tahun 2010 telah melakar satu pengalaman yang sangat manis kerana ini merupakan pertama kalinya saya berbuat demikina untuk insane yang paling saya sayangi. Secara jujurnya seumur hidup saya, inilah kali pertama saya menyambut hari kekasih ini. Tapi bukan dengan teman wanita, saya menyambutnya dengan menulis sebuah surat yang menyatakan rasa hati terhadap ibu dan bapa saya yang sangat saya sayangi…..
Pada mulanya terasa agak janggal juga kerana ia merupakan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan (tidak pernah menulis surat untuk orang lain kecuali surat rasmi) hehehe. Mungkin jika pada umur belasan tahun atau masih menunutut di sekolah perkara ini mustahil untuk terjadi. Namun, sebab diri ini sudah boleh berfikir tentang peri pentingnya pesanan yang disampaikan oleh Dr Odi (kamu menulis sekali untuk parent kamu, mereka akan ingat sampai bila2) memberi keseronokan untuk saya memberikan surat tersebut.

Abah sedang menurunkan tandatangan pada surat yang diberikan.
kemudian mak pula yang berbuat demikian.

masa ini kami sedang berkemas untuk pergi ke rumah embah. jadi saya pun mengambil kesempatan.hehehe.. mak tengah senyum tuuuu...


Friday, February 19, 2010

STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)

Pengertian Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).

  • Asas Penentuan Standard Dan Keperluan
Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut:
  • Misi Nasional
Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut:
  • meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,
  • meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama,
  • menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif,
  • meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan
  • mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
  • Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."
  • Tatasusila Profesion Keguruan
Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut:
"Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya"; (i) tanggungjawab terhadap pelajar, (ii) tanggungjawab terhadap ibu bapa (iii) tanggungjawab terhadap negara dan (iv) tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.
  • Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.
Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju.
Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K). Sila rujuk Rajah 1.
IDevice Icon Komponen SGM
Show Rajah 1 Image
Rajah 1



Standard merangkumi tiga aspek berikut:
Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.
Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.
KEPERLUAN
Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:

Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan
Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan.


Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian
Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.


Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.

Keperluan 5: Jaminan Kualiti
Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.

MBMMBI mampu bela pelajar tercicir

Pelaksanaan dasar baru wajar disegerakan

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk mengkaji mempercepatkan pelaksanaan dasar baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012 mampu membela nasib pelajar sekolah rendah yang sebelum ini keciciran berikutan subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Profesor Datuk Dr Zainal Kling, berkata pelaksanaan dasar baru yang menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) itu tidak boleh dilengahkan lebih lama kerana sejak PPSMI diperkenalkan enam tahun lalu, ia memberi kesan negatif kepada pelajar sekolah rendah terutama di luar bandar.
"PPSMI akan mengakibatkan prestasi bagi dua subjek itu merosot jika ia diteruskan. Murid yang gagal sebelum ini terutama di luar bandar bukan disebabkan mereka tidak pandai tetapi kerana mereka tidak faham (pengajaran dalam bahasa Inggeris) dan ibu bapa juga tidak boleh membantu kerana mereka juga tidak tahu," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Semalam, akhbar melaporkan keputusan kerajaan mengkaji mempercepatkan pelaksanaan MBMMBI bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran bagaimanapun berkata, pelaksanaan lebih awal itu bergantung kepada beberapa faktor termasuk bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang perlu disiapkan akhir tahun depan.
Zainal berkata, pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu tidak memberi banyak masalah kerana ia pernah dilaksanakan sebelum PPSMI diperkenalkan.

"Buku yang lama itu kita boleh cetak semula dan sukatan pelajaran pun tidak perlu banyak diubah. Bagi pengajaran Bahasa Inggeris pula, kita memang memerlukan guru yang benar-benar mahir dan menambah alat bantuan mengajar," katanya.

Sementara itu, Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata keputusan kerajaan itu selaras dengan kehendak pertubuhan itu yang mahu pelaksanaan dasar itu dipercepatkan.

"Selepas ini, kita juga ingin menggesa kerajaan supaya dasar itu dilanjutkan pula di peringkat institusi pengajian tinggi selain tidak mengabaikan usaha untuk memperkasakan bahasa Inggeris. Selain itu, ucapan pemimpin negara dan papan tanda juga perlu menggunakan bahasa Melayu," katanya.
Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad turut menyokong dasar baru itu berharap bahasa Melayu akan dijadikan teras utama dalam pembinaan gagasan 1Malaysia.

Isu bahasa pengantar dalam BI selesai?

Isu dasar penggunaan bahasa Inggeris (BI) dalam pengajaran Sains dan Matematik kembali menjadi hangat apabila media perdana, terutamanya Utusan Malaysia mendesak dihentikan gesaan Timbalan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon supaya kerajaan membenarkan pelajar sekolah rendah mempelajari mata pelajaran terbabit dalam bahasa ibunda masing-masing .

Pada 8 November 2005, Utusan Malaysia dalam muka depannya, telah menyiarkan rencana Saiful Haizan Hasam yang berjudul : Ingatan kepada Gerakan - Henti debat pengajaran Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris, di mana Presiden Yayasan Kajian dan Strategi Melayu, Datuk Dr. Mohd Radzi Abd. Latif telah dipetik sebagai "mengingatkan semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak mengamalkan pemikiran politik songsang yang berasaskan agenda tersembunyi".

Ada pula pihak lain mendesak Gerakan menghentikan perdebatan mengenai dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam BI kerana kononnya ia tidak menunjukkan "semangat muafakat"BN.

Mereka meminta kerajaan tidak melayan permintaan Gerakan yang dianggap sebagai "satu tindakan yang melangkah ke belakang".

Di bawah tekanan yang dilancarkan Utusan Malaysia, Ketua Menteri Pulau Pinang itu terpaksa berganjak dan mengakuri isu tersebut akan dibincangkan "menerusi saluran dalaman parti", seperti yang dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas isu tersebut.

Namun Utusan Malaysia masih tidak puas hati. Pada 9 November 2005, juga di muka depan, pembaca diapi-apikan dengan tajuk: Gerakan tidak berganjak - - Tsu Koon bertegas terus bangkit isu Sains, Matematik dalam BI.

Pada 11 November 2005, Tsu Koon terpaksa mengulangi lagi kerelaannya untuk berkompromi dengan menegaskan; “ oleh kerana salah faham dan salah tafsir di kalangan para pemimpin masyarakat tertentu, termasuk kawan-kawan rapat beliau dari parti-parti komponen Barisan Nasional, maka adalah lebih baik dan sesuai beliau membincangkannya secara terus melalui saluran dalaman kerajaan dan BN”.

Tidak berganjak

Sekaligus Gerakan mengumumkan parti itu tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lagi mengenai isu terbabit. Namun tajuk berita terbabit: "Saya tetap bangkit isu"(di muka 9 Utusan Malaysia), masih memberi gambaran Tsu Koon tetap berdegil dan tidak mahu berganjak.

Berlatar-belakangkan laporan-laporan yang dimanipulasikan seperti di atas, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat 'kenyataan habis'nya pada 10 November 2005: "Saya tidak akan layan isu polemik perkauman atau isu aliran persekolahan. Pendirian saya konsisten. Ini soal dasar yang tidak ada dolak-dalih lagi. Sudah, habis di sini."

Pendirian keras Hishammuddin disahut oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau membidas tindakan kepimpinan Gerakan dalam mempersoalkan keputusan kerajaan BN berhubung pelaksanaan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam BI sebagai tidak selaras dengan semangat BN.

Pada esoknya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula menegaskan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam BI itu kekal, dan beliau mahu semua pihak yang membangkitkan isu itu supaya 'tutup mulut'.

Tepat pada ketika ini, tampillah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, penggubal utama dasar bahasa pengantar BI, yang melabel pihak-pihak yang menentang dasar terbabit sebagai "didorong oleh cauvinisme perkauman!"

Dr. Mahathir juga membidas : "mereka yang menyatakan bahawa kita tidak boleh belajar mata pelajaran Sains dan Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris adalah karut kerana bukan kita sahaja di dunia yang berbuat demikian".

Sebenarnya tiada sesiapa yang menyatakan bahawa kita tidak boleh belajar mata pelajaran Sains dan Matematik dengan bahasa pengantar BI, yang dipertikaikan hanya hakikat bahawa pelajar lebih selesa dan mudah memahami mata pelajaran tersebut melalui bahasa ibunda masing-masing.

Rasanya yang karut ialah mereka yang menafikan kelayakan bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah.

Tindakan karut

Mungkin mereka ini termasuk Dr. Mahathir tidak sedar pakar-pakar bahasa dan pendidikan seluruh dunia telah mengakui bahawa pengajaran/pembelajaran melalui bahasa ibunda adalah yang amat berkesan dan wajar sekali.

Tidak kurang karutnya juga jika peningkatan penguasaan bahasa Inggeris yang menjadi sasaran, bahasa pengantar mata pelajaran Sains dan Matematik pula yang ditukarkan.

Kenapa tidak dilakukan reformasi dalam kaedah pengajaran/pembelajaran mata pelajaran bahasa Inggeris sahaja?

Adalah lebih karut lagi jika permintaan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik boleh disifatkan sebagai 'cauvinisme perkauman' dan bahasa asing dicadangkan mengambil alih peranan bahasa ibunda (termasuk bahasa Melayu/kebangsaan) untuk mencapai perpaduan nasional!

Pada zahirnya, isu bahasa pengantar BI sudah selesai, kerana Menteri Pelajaran telah mengeluarkan 'kenyataan habisnya' dan semua pihak terpaksa 'tutup mulut' bagi mematuhi arahan Perdana Menteri yang menegaskan dasar terbabit dikekalkan.

Namun, selain daripada tekanan dan penindasan secara terang-terangan dan kasar, dan prinsip BN yang mengongkong perdebatan demokratik secara telus dan terbuka oleh parti-parti komponennya, kerajaan sebenarnya gagal mengemukakan apa-apa alasan atau analisis yang dapat meyakinkan pihak-pihak yang menentang dasar terbabit.

Dalam keadaan demikian, sungguhpun perdebatan secara terbuka dasar bahasa pengantar BI telah dihentikan, namun isu terbabit sebenarnya masih belum selesai lagi!