Sunday, October 9, 2011

Seorang Jemaah Haji Wanita Malaysia Maut Jatuh Tingkat 9




                                     
Seorang jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan hotel penginapannya di Hotel Al-Haram di Madinah, Arab Saudi, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia), kelmarin.

Sumber memberitahu, mangsa yang berasal dari Selangor, bersama suaminya ke Makkah untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada dalam biliknya di tingkat sembilan hotel berkenaan.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari biliknya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Pejabat Tabung Haji ditempatkan di hotel ini - GB

Sementara itu, jurucakap Tabung Haji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, seorang jemaah haji Malaysia yang turut menetap di hotel sama, Mohd Faizal Mohd Noor berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke Masjid Nabawi, tidak jauh dari hotel itu untuk menunaikan solat Asar.

Katanya, dia ternampak mangsa terjatuh dari bilik hotelnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sayang pada Bahasa Melayu? - Pandangan dari sudut agama








"Berdoa dalam bahasa melayu? 'ate'? 'kenapanye'? .. tidakkah kita ingat bahawa kita telah dididik tentang Agama didalam medium Bahasa Melayu? .. bahkan tak semua dapat menghayati apa yang kita doakan itu jikaa tidak memahami apa yang didoakan..... Tajuk post harini! Kenapa Kita Kena sayang bahasa Melayu dari sudut pandangan Agama dan mencari Ilmu

Assalamualaikum,
dalam artikel kalini, saya ingin sentuh satu topik yang mungkin agak 'hangat' kepada beberapa pihak.
Tajuk artikel tulisan saya harini adalah

Kenapa kita kena sayang Bahasa Melayu?

Sebagai salah seorang pelajar jurusan yang berkaitan dengan Bahasa, saya terpanggil untuk menulis tentang perkara ini. Seperti diketahui, diwaktu ini, Bahasa Melayu sudah dilihat sebagai 'bahasa yang kurang dimartabatkan' oleh pengguna2 awal bahasa ini, iaitu Bangsa Melayu. Anak-anak muda diwaktu ini lebih 'memartabatkan' bahasa inggeris berbanding dengan bahasa melayu. jika ini diteruskan, bahasa melayu mungkin akan menerima nasib yang sama seperti tulisan yang dilihat hampir mati diwaktu ini, tulisan Jawi.

Ramai orang-orang bahasa cuba untuk menaikkan bahasa melayu itu kembali, supaya dimartabatkan, dicintai oleh anak2 muda serta banyak lagi, bahkan Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai kempen, salah satunya kempen 'cintailah bahasa kita', 'bahasa jiwa bangsa' dan pelbagai lagi.

Artikel kalini akan melihat dari segi logik akalnya, dan dikaitkan sedikit dengan sedikit pandangan dari Islam, tentang memartabatkan bahasa, dan kenapa kita kena sayang bahasa Melayu, iaitu bahasa Utama di Malaysia.
Artikel ini juga sekadar untuk membuka minda kita yang terlupa betapa berjasanya Bahasa Melayu dalam kehidupan kita dan dalam mencari sinar agama. 'Sila baca sampai habis, jangan main LANGGAR saja' .. hehehe

Klik baca seterusnya untuk teruskan bacaan




Artikel Penuh dan Bergambar di - http://hawauyu.blogspot.com/2011/10/kenapa-kita-kena-sayang-bahasa-melayu.html

diwaktu perjalanan pulang dari kampung ke universiti baru2 ini, sebuah siaran radio telah menyediakan satu segmen bersama ustaz Kazim Elias, seorang ustaz yang tidak asing lagi didalam dunia dakwah dimalaysia. dan didalam segment tersebut, beliau telah menyentuh tajuk yang kita sedang bincangkan ini, dan beliau membahaskan dengan satu pandangan yang agak menarik. Penulisan saya kalini akan menyentuh dan membincangkan pandangan beliau dan beberapa pandangan lain

jadi
Kenapa kita Kena sayang Bahasa Melayu? - Pandangan islam tentang bahasa dan ilmu

1. Seperti yang kita ketahui, Allah menciptakan segalanya untuk kesenangan makhluk ciptaannya. salah satu ciptaan beliau adalah Bahasa. jadi disini perlulah kita tahu. Bahasa itu Merupakan Ciptaan Allah. semua bahasa merupakan ciptaan beliau untuk memudahkan kita. bahkan surah pertama yang diturunkan , iaitu surah Al-Alaq, ayat pertama menegaskan tentang Membaca:


Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),


Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -


Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -


Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

seperti yang kita boleh lihat, Allah menyeru Umatnya untuk membaca, dan kita tahu, untuk membaca kita memerlukan pengetahuan tentang bahasa tersebut. dan salah satu bahasa yang 'mengajar manusia melalui pena dan tulisan adalah bahasa Melayu'. jadi apa kaitannya dengan islam? akan saya terangkan di point kedua.


oleh itu kita perlu tahu, Kalau kita benci Bahasa, ini bermakna, kita benci ciptaan Allah. maka dengan ini saya tegaskan. Kita kena sayang Bahasa Melayu, iaitu Bahasa kita


2. Tahukah anda, sedar tak sedar, Bahasa Melayu adalah Bahasa yang Banyak membawa manfaat kepada kita?

Dengan Bahasa Melayulah kita diajar tentang Agama.
Dengan Bahasa Melayulah kita Belajar beribadat.
Dengan Bahasa Melayulah kita kenal Al-Quran
Dengan Bahasa Melayulah kita kenal apa yang halal apa yang haram.
Dan seterusnya, Dengan Bahasa Melayulah, Kita kenal Islam. Kenapa saya katakan begitu? kerana sejak dari kecil, kita diajar oleh ibu dan baca kita menggunakan bahasa melayu, bahkan Ibu dan Bapa kita mendidik kita tentang Agama dalam Bahasa Melayu.
cuba bayangkan, kita telah dididik dari kecil dalam bahasa melayu, bahkan hanya tahu bahasa melayu sahaja, tiba2 ibu bapa kita mengajar kita tentang Agama dalam bahasa Inggeris, Nepal, India, Cina atau lain2 bahasa. tentulah kita tidak faham apa yang mereka ajarkan.

Bahasa Melayu merupakan Satu Medium Yang mengajar kita tentang Agama!


Bahkan kita belajar tentang ISLAM dalam bahasa melayu, Allah ciptakan bahasa untuk memudahkan kita mengetahui tentang ISLAM.
tidakkah anda perasan bahasa kita 'TAHU' tetang selok belok agama, walaupun tidak banyak, kebanyakkannya DALAM bahasa melayu? - mungkin penambahan apa yang kita tahu ini dapat kita tahu selepas belajar atau mempunyai ilmu tentang Bahasa Lain.
Ceramah2 Agama dimalaysia juga kebanyakkannya dijalankan dalam bahasa Melayu.


jadi? ini merupakan sebab Kita kena sayang dengan Bahasa Melayu, Tanpa Bahasa Melayu, mungkin kita tak tahu tentang agama sebaik yang kita ketahui sekarang.


3. Seperti ramai ustaz2 dan ilmuan tegaskan, Berdoalah didalam bahasa yang anda faham.
ini kerana jika kita berdoa didalam bahasa yang kita paham, barulah kita boleh HAYATI apa yang kita doakan, bahkan dengan itu barulah kita dapat merasakan betapa pentingnya Doa yang kita bacakan pada diri kita.

"Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa) kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanya mendidik kami pada waktu kecil."

lebih 'syahdu' rasanya dari




kerana kita paham apa yang kita doakan, dan seterusnya kita boleh HAYATI apa yang kita doakan. Ini yang ilmuan dan ustaz2 selalu tegaskan, Barulah IKHLAS apa yang kita doakan jika kita mampu memahami apa yang kita doakan. bahkah berdoa dengan berdoa dengan medium bahasa yang kita ketahui, lebih mudah untuk kita mencapai 'Khusuq' dan 'Ikhlas' didalam doa kita. Tapi anda perlu ingat, tak semua benda kita boleh doakan dalam bahasa kita, ada juga beberapa doa lebih AFDAL didoakan dalam bahasa Arab, iaitu bahasa Al-quran. ringkasan dibawah.

Imam Nawawi telah menjelaskan perkara yang dibenarkan terjemahan ke bahasa asing di dalam solat, ringkasannya:

1. Surah Al-Fatihah dan ayat-ayat Al-Quran tidak boleh diterjemahkan ke bahasa lain, kerana akan menghilangkan kemukjizatannya.


2. Lafaz-lafaz yang wajib seperti takbir ihram, tahiyat akhir dan selawatnya dibenarkan terjemahan bagi orang yang tidak mampu menyebut dalam arab dan tidak dibenarkan kepada orang yang mampu.

3. Ucapan-ucapan yang tidak wajib seperti doa-doa ma'thur dibenarkan terjemahan bagi orang yang tidak mampu menyebut dalam arab. Dan tidak dibenarkan kepada orang yang mampu dan terbatal solatnya jika diterjemahkan.

4. Tidak boleh mencipta doa yang tidak ma'thur kemudian disebut dengan bahasa asing dan ini membatalkan solatnya. Tetapi boleh mencipta doa dalam bahasa arab.


5. Zikir-zikir lain seperti tahiyat awal, selawatnya, tasbih rukuk dan sujud, doa qunut dan takbir-takbir perpindahan dibenarkan terjemahan bagi orang yang tidak mampu.

Dan pengarang "al-Hawi" ada menyebut: Sekiranya seseorang itu tidak boleh bahasa arab, dia boleh membaca semua zikir dengan bahasa asing. Dan jika dia boleh bahasa arab, hendaklah membaca dengannya. Jika sebaliknya dan dibaca bacaan yang wajib dengan bahasa Parsi, ini tidak dibenarkan. Dan jika bacaan itu perkara sunat seperti tasbih dan doa iftitah ia dibenarkan, tetapi dia telah melakukan perkara yang buruk.




Rujukan:


- al-Majmuk: 3/247-248. -http://qazikirdandoa.blogspot.com/2009/03/berdoa-ketika-sujud-dalam-bahasa-melayu.html
jadi dengan apa yang saya hujahkan ini, diharap anak2 muda dan para pembaca, tidaklah memperlekehkan Bahasa Melayu, kerana Bahasa Melayulah kita TAHU tentang Islam, dan kerana Bahasa Melayulah kita dapat belajar pelbagai perkara tentang islam dan kerana Bahasa Melayulah anda mampu membaca penulisan saya yang penuh dengan kesalahan tatabahasa ini.. hehehe

Harap Maklum, Penulisan ini sekadar untuk membuka minda pada rakan-rakan 'kita' yang memperlekehkan bahsaa melayu. mereka terlupa bahawa Bahasa Melayu banyak berbakti pada mereka dalam mencari sinar agama.

bukanlah penulisan ini bertujuan memperlekehkan Bahasa Arab, dan Bahasa2 Lain, tapi hanyalah satu penulisan 'Pembuka Mata dan Minda' untuk sama2 kita renungkan, betapa Berjasanya Bahasa Melayu Pada kita dari sudut Agama dan Islam




Artikel Penuh dan Bergambar di - http://hawauyu.blogspot.com/2011/10/kenapa-kita-kena-sayang-bahasa-melayu.html "





Bajet 2012 Pertahanan, Peralatan Usang hingga 2020




"
Bajet 2012 memberi manafaat kepada bekas pejuang negara dan juga kem dan kuarters tentera. Akan tetapi adakah susulan dari itu akan mengakibatkan peralatan pertahanan yang tua dan uzur akan digunakan sehingga 2020 antaranya kapal peronda dan kapal perang yang usianya melebihi 30 tahun, kereta perisai Condor yang digunakan sejak awal 1980an dan helikopter Nuri yang digunakan sejak 1960an.

Kita ikuti ulasan mereka yang mengikuti perkembangan pertahanan negara, jangan pula ada media dan wartawan yang tanya para artis apa pendapat mereka mengenai bajet pertahanan negara.


Bajet 2012 berjumlah RM232.2 bilion dimana untuk pertahanan ialah RM13.714 bilion, kirang RM100 juta berbanding bajet 2011 iaitu RM13.823 bilion.


Dari RM13.7 bilion tersebut, RM10.945 bilion adalah untuk pengurusan (gaji, operasi, logistik) dan RM2.7 bilion untuk kos pembangunan (pembelian).


Kos pengurusan untuk 2012 meningkat RM400 juta berbanding 2011, sementara kos pembangunan berkurang RM400 juta. Boleh kita andaikan RM400 juta yang dipotong dari pembangunan adalah untuk kenaikan gaji tentera memandangkan peningkatan kos emolumen untuk tahun 2012 iaitu RM400 juta?


Kos untuk pembangunan dan pembelian aset telah berkurang kepada RM2.6 bilion pada tahun 2012, berbanding RM3.292 bilion pada tahun 2011.


Antara yang perlu diberi perhatian ialah defisit yang besar dalam perbelanjaan yang dirancang untuk kos projek pembangunan Tentera Darat. Sebagai contoh untuk projek pembelian aset dan pembinaan dirancang sebangan RM8.18 bilion sedangkan perbelanjaan yang dirancang untuk 2012-2013 hanyalah RM1.44 bilion.


Begitu juga dengan Tentera Laut, kos projek ialah RM10.3 bilion untuk tetapi peruntukan hanya RM4.4 bilion manakala Tentera Udara kos projek diracang ialah RM5.02 bilion tetapi peruntukan hanya RM2.52 bilion.


Apakah Mat Sabu akan membangkitkan isu ini dalam ceramah kerana beliau bukan Ahli Parlimen, atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain akan membangkitkan isu ini?


Atau mungkin Pengerui PERKASA akan membicarakan isu ini dalam Parlimen kerana ianya merupakan isu pertahanan dan kedaulatan negara.


Rozmal bin Malakan



HARGA AYAM PROSES RM10 SEKILO?


HARGA AYAM PROSES RM10 SEKILO?



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada peniaga ayam di Pahang yang bertindak menaikkan harga ayam sehingga mencegah RM10 sekilogram.Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata notis itu dikeluarkan setelah kementerian tersebut menerima banyak aduan daripada pengguna yang tidak berpuas hati berikutan kenaikkan harga ayam tersebut, dan tindakan selanjutnya akan dilakukan. Gambar sekadar hiasan.

Mengenai koperasi Orang Asli, beliau berkata kementeriannya akan memantau perjalanan 56 buah koperasi Orang Asli di seluruh negara bagi memastikan ia terus berdaya maju.
“Pemantauan itu perlu dilakukan kerana penglibatan masyarakat Orang Asli dalam koperasi masih baru dan pemantauan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)”, katanya selepas melancarkan penubuhan Koperasi Orang Asli peringkat negeri Pahang di Rancangan Penempatan Semula Perkampungan Orang Asli di Pos Iskandar dekat sini hari ini.


Menurutnya pemantauan itu termasuklah memberikan khidmat nasihat dan kursus berkaitan pengurusan, pentadbiran dan kewangan setiap tahun.
Beliau berkata kini 11,814 Orang Asli telah menganggotai koperasi Orang Asli di seluruh negara dan berharap kepimpinan koperasi Orang Asli menceburi bidang pelancongan Inap Desa dan memasarkan produk hasil kerja kraftangan masyarakat itu secara komersial, yang dilihat sangat berdaya maju. 


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1aMR81H7y

Friday, October 7, 2011

sejenak bersamaku...

aku teruskan  usaha perjanannku arini tanggal 8 oktober 2011....semoga dipermudahkan ..insyaallah...






"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..

Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..

Kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan. Yang ada hanya hari ini & akan datang. Gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."




musim haji 2011


 Kira-kira 2.5 juta jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia termasuk 26,000 dari Malaysia wukuf di Arafah pada Isnin – kemuncak dalam ibadah haji, dalam suasana cukup harmoni dan syahdu.
Cuaca kering, tetapi dikira tidak terlalu panas dengan suhu mencecah 34 hingga 35 darjah celsius melegakan umat Islam yang berada di tanah suci Mekah untuk sedia berhimpun di padang Arafah.
Jemaah mula berangkat ke Arafah dengan bas kira-kira 21.9 km dari Mekah sejak pukul 11 pagi semalam waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia) mengikut jadual yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi di bawah kawalan ketat.
Ada laporan agensi berita menyebut angka jemaah pada musim 1431 Hijrah ini mencecah tiga juta orang.

Anger Management...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku .
."Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
.
Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya . Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka , sama seperti ini.
.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya . Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada . Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal . Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
.Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
."Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."
."ALLAH did not promise that life would be easy,but HE did promise to go with you..every step of your life,with HIM by your side."
.
Faruq: Kalau marah, lebih suka senyap...





http://telagabiru-tbsb.blogspot.com/2008_07_01_archive.html