Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

Elaun A/Parlimen Naik 2 X Ganda.. Wajarkah?


Posted by Ibnu Hasyim


                               
KL, 10 Okt — Ahli-ahli Parlimen dijangka akan menikmati kenaikan elaun mereka dua kali ganda di bawah struktur baru yang dicadangkan termasuk aspek berkaitan dengan hak dan keistimewaan wakil rakyat peringkat persekutuan itu.

The Malaysian Insiderdifahamkan jawatankuasa kajian semula yang dibentuk tahun lalu telah mengesyorkan agar saraan wakil rakyat dinaikkan antara RM30,000 dan RM35,000 termasuk elaun. Kini kadar diterima mereka dianggarkan sekitar RM12,000 sebulan.

Ketika membentangkan Bajet 2012 Jumaat lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata, “menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja ahli-ahli Parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya kita memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan Program Transformasi Politik yang saya umumkan baru-baru ini, maka kerajaan bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli-ahli Parlimen sekalian.”

“Dengan syarat.....kedua-dua belah pihak, parti kerajaan dan parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju. Termasuklah yang bebas-bebas itu. Setelah dipersetujui nanti, elaun baru ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Bagaimanapun beliau tidak memberi butiran lanjut.

Jawatankuasa sembilan anggota yang dipengerusikan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga mengesyorkan agar diperluaskan hak dan kebebasan ahli-ahli Parlimen dan mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA), yang dimansuhkan pada 1992.

Wan Junaidi mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa jawatankuasa itu telah mengemukakan tiga rang undang-undang iaitu Rang Undang-undang PSA, Rang Undang-undang Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) (Pindaan) 1952 dan Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1980 kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dua minggu lalu.

Bagaimanapun Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong tidak mahu mendedahkan butiran mengenai kadar baru yang disyorkan.Saraan ahli-ahli Parlimen dikaji semula lima kali — 1992, 1997, 2001, 2002 dan 2005 sejak Akta Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) 1980 digubal.
Pada 2005, gaji pokok dinaikkan daripada RM5,916.90 kepada RM6,508.59 tidak termasuk faedah lain seperti elaun bulanan pemandu RM1,200.

 Wajarkah? Terserah kepada rakyat untuk menilai.

Warga Emas, Pekerja Swasta Rasa Nasib Tidak Dibela Dalam Belanjawan 2012 Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/10/warga-emas-pekerja-swasta-rasa-nasib.html#ixzz1aOY1mQ5G

SHAH ALAM 9 OKT: Golongan warga emas dan dan kakitangan swasta, merupakan antara golongan terpenting di dalam masyarakat, menzahirkan rasa kecewa dengan belanjawan 2012 kerajaan persekutuan yang dilihat tidak holistik dan releven.

Tinjauan TVSelangor mendapati seorang pesara, yang hanya mahu dikenali sebagai Nagesvary berkata belanjawan kerajaan kali ini tidak menjamin kehidupan golongan pesara yang selama ini berkhidmat untuk negara.

Menurut Nagesvary yang juga seorang warga emas, peningkatan kos perubatan, saban hari menekan kehidupan golongan seperti beliau untuk menyara kehidupan mereka.

"Menyentuh soal warga emas, golongan kami ini telah lama berkhidmat dalam negara dalam apa jua sektor untuk memajukan negara, yang akhirnya mengimpikan suatu kehidupan yang lebih sempurna apabila bergelar pesara, ini penting kerana kos perubatan semakin meningkat"

"Yang penting kebajikan kami orang yang bersara, lihatlah sekarang pendatang asing lagi gembira duduk didalam negara berbanding rakyat yang turun mengundi."

Semalam, kerajaan membentangkan akan memberi caj percuma untuk pendaftaran pesakit luar di semua hospital, klinik kesihatan serta klinik pergigian kerajaan sebagai langkah menghargai jasa warga emas.

Selain itu, warga emas juga diberikan diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel.

Namun, tawaran itu tidak membantu golongan pesara dan warga emas yang terpaksa berdepan dengan kos perubatan yang semakin meningkat dan apa yang diberikan tidak relevan dengan pengorbanan warga emas yang sekian lama berkhidmat di dalam negara, katanya.

Melihat kepada belanjawan ini, Nagesvary percaya rakyat mampu menilai dan membuat keputusan terbaik dalam pilihanraya.

"Pada saya, rakyat akan memilih pemerintah yang dirasakan mampu memberi pelbagai kebajikan kepada mereka, kuasa memilih ditangan rakyat, jadi kalau rakyat telah memilih parti itu, dia harus menjalankan tanggungjawabnya dengan pastikan rakyat berpuas hati dengan kerja mereka."

Sementara itu, bagi seorang kerja sektor swasta, Saravanan Tamilveran mempersoalkan sikap terlepas pandang kerajaan keatas kebajikan pekerja sektor swasta.

Saravanan mengalu-alukan usaha kerajaan memperkasa kehidupan kakitangan kerajaan, namun ianya tidak menyeluruh kerana kakitangan swasta juga merupakan rakyat yang sepatutnya menerima manfaat dalam peruntukan belanjawan negara.

Sambil menyifatkan ia suatu yang tidak menyeluruh, belanjawan kali ini juga dilihat sebagai gula-gula politik untuk memastikan pekerja kerajaan terus menyokong kerajaan dalam pilihanraya akan datang.

"Tiga Puluh Lima peratus daripda jumlah pengundi di Malaysia datangnya dari pekerja kerajaan, sebab itu kerajaan janjikan macam-macam dalam belanjawannya untuk mereka, mahu tarik hati pekerja kerajaan untuk terus menyokong barisan nasional, ini jelas dengan pengenalan terbaru pemberian bonus setengah bulan gaji atau RM500."

Kerajaan dalam belanjawannya semalam, memberikan pelbagai kelebihan kepada kakitangan kerajaan termasuklah menambah baik sturktur gaji penjawat awam dengan kenaikan antara 7 peratus hingga 13 peratus.

Sementara, tambahan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 juga bakal diterima kakitangan kerajaan.

Selain itu kakitangan kerajaan juga diberi kenaikan gaji tahunan antara RM80 hingga RM320 mengikut tangga gred.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/10/warga-emas-pekerja-swasta-rasa-nasib.html#ixzz1aOXierWy

Seorang Jemaah Haji Wanita Malaysia Maut Jatuh Tingkat 9




                                     
Seorang jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan hotel penginapannya di Hotel Al-Haram di Madinah, Arab Saudi, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia), kelmarin.

Sumber memberitahu, mangsa yang berasal dari Selangor, bersama suaminya ke Makkah untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada dalam biliknya di tingkat sembilan hotel berkenaan.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari biliknya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Pejabat Tabung Haji ditempatkan di hotel ini - GB

Sementara itu, jurucakap Tabung Haji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, seorang jemaah haji Malaysia yang turut menetap di hotel sama, Mohd Faizal Mohd Noor berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke Masjid Nabawi, tidak jauh dari hotel itu untuk menunaikan solat Asar.

Katanya, dia ternampak mangsa terjatuh dari bilik hotelnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bajet 2012 Pertahanan, Peralatan Usang hingga 2020




"
Bajet 2012 memberi manafaat kepada bekas pejuang negara dan juga kem dan kuarters tentera. Akan tetapi adakah susulan dari itu akan mengakibatkan peralatan pertahanan yang tua dan uzur akan digunakan sehingga 2020 antaranya kapal peronda dan kapal perang yang usianya melebihi 30 tahun, kereta perisai Condor yang digunakan sejak awal 1980an dan helikopter Nuri yang digunakan sejak 1960an.

Kita ikuti ulasan mereka yang mengikuti perkembangan pertahanan negara, jangan pula ada media dan wartawan yang tanya para artis apa pendapat mereka mengenai bajet pertahanan negara.


Bajet 2012 berjumlah RM232.2 bilion dimana untuk pertahanan ialah RM13.714 bilion, kirang RM100 juta berbanding bajet 2011 iaitu RM13.823 bilion.


Dari RM13.7 bilion tersebut, RM10.945 bilion adalah untuk pengurusan (gaji, operasi, logistik) dan RM2.7 bilion untuk kos pembangunan (pembelian).


Kos pengurusan untuk 2012 meningkat RM400 juta berbanding 2011, sementara kos pembangunan berkurang RM400 juta. Boleh kita andaikan RM400 juta yang dipotong dari pembangunan adalah untuk kenaikan gaji tentera memandangkan peningkatan kos emolumen untuk tahun 2012 iaitu RM400 juta?


Kos untuk pembangunan dan pembelian aset telah berkurang kepada RM2.6 bilion pada tahun 2012, berbanding RM3.292 bilion pada tahun 2011.


Antara yang perlu diberi perhatian ialah defisit yang besar dalam perbelanjaan yang dirancang untuk kos projek pembangunan Tentera Darat. Sebagai contoh untuk projek pembelian aset dan pembinaan dirancang sebangan RM8.18 bilion sedangkan perbelanjaan yang dirancang untuk 2012-2013 hanyalah RM1.44 bilion.


Begitu juga dengan Tentera Laut, kos projek ialah RM10.3 bilion untuk tetapi peruntukan hanya RM4.4 bilion manakala Tentera Udara kos projek diracang ialah RM5.02 bilion tetapi peruntukan hanya RM2.52 bilion.


Apakah Mat Sabu akan membangkitkan isu ini dalam ceramah kerana beliau bukan Ahli Parlimen, atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain akan membangkitkan isu ini?


Atau mungkin Pengerui PERKASA akan membicarakan isu ini dalam Parlimen kerana ianya merupakan isu pertahanan dan kedaulatan negara.


Rozmal bin Malakan



HARGA AYAM PROSES RM10 SEKILO?


HARGA AYAM PROSES RM10 SEKILO?



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada peniaga ayam di Pahang yang bertindak menaikkan harga ayam sehingga mencegah RM10 sekilogram.Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata notis itu dikeluarkan setelah kementerian tersebut menerima banyak aduan daripada pengguna yang tidak berpuas hati berikutan kenaikkan harga ayam tersebut, dan tindakan selanjutnya akan dilakukan. Gambar sekadar hiasan.

Mengenai koperasi Orang Asli, beliau berkata kementeriannya akan memantau perjalanan 56 buah koperasi Orang Asli di seluruh negara bagi memastikan ia terus berdaya maju.
“Pemantauan itu perlu dilakukan kerana penglibatan masyarakat Orang Asli dalam koperasi masih baru dan pemantauan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)”, katanya selepas melancarkan penubuhan Koperasi Orang Asli peringkat negeri Pahang di Rancangan Penempatan Semula Perkampungan Orang Asli di Pos Iskandar dekat sini hari ini.


Menurutnya pemantauan itu termasuklah memberikan khidmat nasihat dan kursus berkaitan pengurusan, pentadbiran dan kewangan setiap tahun.
Beliau berkata kini 11,814 Orang Asli telah menganggotai koperasi Orang Asli di seluruh negara dan berharap kepimpinan koperasi Orang Asli menceburi bidang pelancongan Inap Desa dan memasarkan produk hasil kerja kraftangan masyarakat itu secara komersial, yang dilihat sangat berdaya maju. 


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1aMR81H7y